Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

WTA BNP PARIBAS SINGAPURA

Kvitova tewaskan Sharapova, pelihara peluang ke separuh akhir

Oct 23, 2014 | 05:57 PM



JUARA Wimbledon Petra Kvitova bangkit dari kekalahan dalam perlawanan pertama demi menundukkan pemain nombor dua dunia Maria Sharopova 6-3, 6-2 di Kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas Singapura di Stadium Tertutup Singapura tadi.


Kemenangan itu memelihara peluang Kvitova melangkah ke separuh akhir kejohanan.


Kvitova, pilihan ketiga kejohanan akhir tahun ini, menewaskan Sharapova dengan pukulan servis yang kencang dan aksi bertenaga sepanjang perlawanan sekitar dua jam itu.


Menurut Kvitova, kekalahannya kepada Sharapova di final Terbuka China tiga minggu lalu memberinya keyakinan demi menewaskan Sharapova.


"Walau kalah di Beijing, keyakinan diri saya... bahawa saya berupaya menewaskan Sharapova bertambah selepas final itu. Saya tahu saya mampu melakukannya," kata Kvitova.


Beliu kini perlu menundukkan Caroline Wozniacki dalam dua set esok demi menjamin tempat di separuh akhir.


"Saya tak sabar menanti esok," kata Kvitova.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >