JAGUH silat dunia, Muhammad Shakir Juanda, menghadapi laluan agak mudak apabila diundi menentang peserta Nepal, tetapi nasib rakan-rakannya agak berbeza apabila perlu berdepan pesilatpesilat utama dari Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Phuket, Thailand.
Dalam undian acara tanding yang dibuat malam kelmarin dan akan bermula esok, Muhammad Shakir, juara dunia 2012, akan berdepan pesilat kurang dikenali, Bimal Rai, dalam Kelas H.