TUJUANNYA mungkin baik - memberi tumpuan kepada bakat muda, mengehadkan jumlah pemain berusia di atas 30 tahun dan mengurangkan pemain import - demi menyemarakkan masa depan bola sepak Singapura.
Namun, beberapa langkah utama yang dirancangkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) demi menyemarakkan Liga-S musim depan memerlukan sedikit masa untuk menunjukkan hasilnya dan peminat tidak boleh menjangkakan keajaiban dalam sekelip mata.