ATLIT Singapura tidak kekurangan sokongan sepanjang beraksi di temasya Sukan Komanwel Glasgow Ke-20 yang berlangsung sekarang.
Jika sebelum ini, mereka mendapat kunjungan Presiden Tony Tan Keng Yam yang turut mengucapkan selamat bertanding sepanjang temasya selama 11 hari ini, semalam atlit-atlit Singapura mendapat lawatan perangsang daripada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, yang turut melahirkan rasa kagum dengan penganjuran temasya yang sebesar itu.