LEBIH 100 pemain dijangka memeriahkan Kejohanan Golf MS Classic tahun ini yang akan berlangsung di Warren Golf & Country Club pada 19 Disember ini.
Dianjurkan kumpulan golf Melayu setempat, MS Classic, yang kini memasuki edisi ke-11, kejohanan ini turut mengalu-alukan penyertaan pemain bukan Melayu dalam usaha menyemarakkan lagi suasana dan tahap pertandingan selain mempererat kemesraan di kalangan warga di sini.