DIREKA bagi menyemarak semangat juang dan keberanian tinggi skuad bola sepak nasional yang bakal memburu mahkota kelima Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki yang bermula 23 November ini - angka kejuaraan yang belum dicapai mana-mana pasukan lain.
Itulah juga harapan kededua bintang pasukan nasional - kapten Shahril Ishak (kanan) dan bakat muda yang sedang meningkat, Faris Ramli - yang memperagakan rekaan jersi terbaru itu semasa pelancarannya di butik pakaian dan peralatan sukan Nike, penaja skuad nasional sejak 2006, di Shaw House, Orchard Road, petang semalam.