Lee digantung sementara selepas sampel B juga positif

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menggantung pemain utama dan ikon badminton terkenal negara itu, Lee Chong Wei, untuk tempoh sementara selepas ujian sampel B air kencingnya disahkan positif bagi bahan terlarang dexamethasone.

Lee, 32 tahun, pemain nombor satu lelaki dunia, dilaporkan terbang ke Norway untuk menyaksikan sendiri ujian kedua tersebut yang dijalankan minggu ini.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), petang semalam mendedahkan bahawa seorang pemain utama negara itu telah dikesan positif ubat penahan bengkak tersebut dan beliau telah digantung buat sementara ini.

Bagaimanapun, BAM berkata nama pemain tersebut tidak akan didedahkan sementara menunggu perbicaraan panel anti-doping Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) berhubung kes itu. - Agensi berita.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.