Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Leicester bangkit untuk menang 3-2, Tottenham raih kemenangan pertama

Sep 14, 2015 | 10:59 AM



LONDON: Nathan Dyer menjaringkan gol kemenangan yang berani pada minit ke-89 apabila Leicester City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Aston Villa 3-2 dan menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris pada Ahad (13 Sep).


Villa kelihatan akan mengenakan kekalahan pertama Leicester dalam kempen musim ini apabila Jack Grealish dan Carles Gil meletakkan mereka di depan dalam separuh pertama di Stadium King Power.


Tetapi Ritchie De Laet dan Jamie Vardy menyamakan kedudukan pada separuh kedua, sebelum Dyer dengan berani berentap dengan penjaga gol Villa, Brad Guzan, untuk menanduk bola masuk.


Keputusan itu mengekalkan rekod tanpa kalah Leicester dan meletak merkea empat mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, manakala Villa mempunyai tujuh mata di tangga ke-15.


Sementara itu, Tottenham Hotspur mendapat kemenangan pertamanya apabila ia mengalahkan Sunderland 1-0 melalui gol Ryan Mason di Stadium of Light.


Tottenham, yang kalah sekali dan seri tiga kali sebelum ini, kini di tangga ke-12. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >