Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Leicester City tersingkir: Di mana silapnya?

Jun 05, 2023 | 06:42 AM



LONDON: Selepas kempen buruk yang menyaksikan mereka dipimpin tiga pengurus berbeza dan tewas dalam 22 daripada 38 perlawanan liga perdana, Leicester City bakal bertarung dalam liga Championship – satu tahap lebih rendah dari Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan.


Ia adalah kejatuhan luar biasa untuk pasukan yang mengejutkan dunia bola sepak dengan menjuarai Liga Perdana pada 2016 dan Piala FA hanya dua tahun lalu.

Dengan nasib di luar kawalan mereka pada hari terakhir liga, kemenangan Leicester ke atas West Ham tidak membawa apa-apa makna setelah Everton berjaya mengalahkan Bournemouth.

Justeru, di mana silapnya?


Masalah pramusim dengan ‘jangkaan berbeza’

Terdapat sudah tanda amaran semasa pramusim bahawa sebuah kempen yang haru-hara bakal berlaku.

Brendan Rodgers telah melakukan tugas cemerlang sebagai pengurus sejak menyertai Celtic pada Februari 2019, memimpin kelab itu meraih kejayaan piala domestik dua tahun kemudian dan juga memenangi Perisai Masyarakat.

Pasukannya telah gagal untuk kembali ke Liga Juara-Juara apabila menduduki tempat kelima untuk dua musim berturut-turut, sebelum mendapat tempat kelapan musim lalu dan berjaya ke separuh akhir edisi pertama Liga Europa Conference.

Pada ketika itu warga Ireland Utara itu ingin memperbaharui skuadnya untuk kembali memburu tempat dalam kelompok enam pasukan teratas liga – memindahkan keluar pemain yang tidak diperlukan dan membawa masuk mereka yang dapat menyuntik dahaga dan tenaga dalam skuad.

Apabila beliau pergi bercuti pada musim panas lalu, Rodgers memberi pembuat keputusan kelab senarai pemain yang ingin dijual, yang termasuk pemain midfield Nampalys Mendy dan penyerang Ayoze Perez.

Beliau meluangkan masa untuk berbual dengan pemain yang mahu dibeli – termasuk pemain pertahanan Chelsea Levi Colwill, yang akhirnya dipinjamkan ke Brighton.

Tetapi, apabila Rodgers pulang untuk memulakan pramusim, beliau terkejut melihat pemain yang ingin dijual masih berada di dalam kelab.

Covid-19 telah menjejas teruk pemilik kelab, dengan perniagaan King Power Duty Free terhenti kerana sekatan pada industri penerbangan.

Ini bermakna dana untuk usaha niaga lain mereka – termasuk Leicester – harus dikurangkan.

“Sudah tentu saya mahu menambah baik skuad. Saya ingin membangunkan skuad,” kata Rodgers pada Julai.

“Saya berkata demikian pada pertengahan tahun lalu, tetapi dari segi kewangan, ia sukar. Saya benar-benar menghormati kelab, jadi saya tidak mahu berperang dengan mereka.

“Ia malang. Kami harus mencari dana dan sekiranya kami boleh berbuat demikian, maka diharapkan kami dapat memperbaiki skuad sebab jika kami mahu bersaing pada prestasi kami sebelumnya, maka kami perlu mampu melakukannya.

“Jika tidak, maka jangkaannya adalah berbeza.”

Ia mengambil masa sehingga jam terakhir jendela perpindahan untuk kelab itu membuat satu-satunya pembelian penting musim panas mereka – pemain bek tengah Wout Faes dari Rennes dengan harga kira-kira £15m ($25 juta).


Kekeliruan pengurusan

Leicester hanya menang satu daripada 10 perlawanan pertama musim tetapi bangkit untuk menduduki tangga ke-12 – empat mata selamat daripada zon penyingkiran – ketika musim dihentikan untuk Piala Dunia.

Ia adalah penderitaan yang hampir tanpa henti selepas musim liga dimulakan semula, walaupun mereka hanya memperoleh empat lagi kemenangan sepanjang baki kempen.

Keputusan untuk menangguhkan pemecatan Rodgers rata-rata dianggap sebagai tindakan yang merugikan.

Beliau asalnya disokong – meskipun peminat membentangkan sepanduk ‘Rodgers Out’ (Rodgers Keluar) selepas kekalahan 1-2 kepada Chelsea di laman sendiri pada 11 Mac, dan seri 1-1 di Brentford dalam perlawanan berikutnya.

Rodgers kekal menggalas jawatannya sepanjang tempoh rehat antarabangsa, dan lembaga pengarah akhirnya bertindak selepas Leicester tewas 1-2 kepada Crystal Palace menjatuhkan mereka ke kelompok tiga pasukan terbawah.

Namun, ia kelihatan bahawa tiada rancangan sebenar untuk pengganti Rodgers.

Ketika kelab itu berebut-rebut mencari pengganti, bos sementara Adam Sadler mengawasi pasukan yang tumpas di laman sendiri oleh Aston Villa dan Bournemouth.

Menurut laporan BBC Sport, Leicester berbual dengan beberapa calon dan telah mendekati wakil Graham Potter, yang baru dipecat Chelsea, tetapi warga England itu ingin menunggu sehingga akhir musim sebelum memutuskan langkah seterusnya.


Perjanjian tiga tahun kemudian ditawarkan kepada bekas pengendali Leeds Jesse Marsch selepas beliau menarik perhatian semasa temu duganya, tetapi warga Amerika itu menolaknya, berasakan ia bukan peluang yang sesuai.

Dengan baki lapan perlawanan, Dean Smith dibawa masuk bersama bekas pengurus Foxes Craig Shakespeare dan bekas kapten England John Terry, tetapi ia sudah terlambat.

James Maddison mempersoalkan ‘dahaga’ rakan sepasukannya selepas kekalahan 3-5 yang melemahkan semangat di Fulham – di mana penyokong telah melaungkan ‘Anda tidak sesuai untuk memakai baju itu’. 

Mereka kemudian melaungkan ‘Kami akan tersingkir’ semasa kekalahan teruk 0-3 di laman sendiri oleh Liverpool.

Kali terakhir Leicester terkeluar daripada Liga Perdana adalah pada penghujung kempen 2003-04 dan ia mengambil masa 10 musim untuk kembali ke liga teratas, termasuk satu kempen yang dihabiskan dalam Liga Satu.

Pemain, penyokong dan kelab akan berharap mereka tidak akan berdepan satu lagi perjalanan yang panjang dan menyakitkan untuk kembali ke peringkat tertinggi bola sepak England. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >