Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lelaki didakwa pecah masuk rumah Raheem Sterling

Aug 31, 2023 | 02:56 PM



LONDON: Seorang lelaki telah didakwa kerana memecah masuk rumah pemain bola sepak England, Raheem Sterling sewaktu Piala Dunia tahun lalu.


Emiliano Krosi, 23 tahun, dari Ditton Court Road, Southend-on-Sea, Essex, didakwa dengan 33 kesalahan bersubahat untuk mencuri, kata Polis Surrey.

Dia direman dalam tahanan.

Sterling diberi cuti untuk pulang ke United Kingdom dari kem England di Qatar setelah beliau mendapat tahu tentang kes curi di rumahnya pada awal Disember.

Beliau tidak menyertai perlawanan England menentang Senegal pada pusingan 16 terakhir.

Bintang Chelsea berusia 27 tahun itu dikatakan terjejas dan prihatin tentang kesejahteraan anak-anaknya.

Dilaporkan bahawa ada daripada rakan sepasukannya mempertingkat keselamatan di rumah mereka sendiri sebagai tindak balas.

Pengurus England, Gareth Southgate berkata pada waktu itu:

“Kami perlu memberinya masa untuk cuba menghuraikan isu itu atau berada di samping keluarganya. Itulah perkara paling penting pada waktu ini, jadi kami akan memberinya ruang tersebut.

“Ia tidak menjejas pemilihan pasukan.”

Sedang siasatan awal dilancarkan, Polis Surrey berkata:

“Kami sedang menyiasat laporan kes mencuri di satu alamat di Oxshott, Leatherhead.

“Pada Sabtu, 3 Disember penghuni (rumah) pulang ke alamat setelah tiba di tanah air daripada perjalanan antarabangsa.

“Mereka menghubungi polis sebelum 9 malam untuk melaporkan bahawa sejumlah barang kemas, termasuk jam tangan, telah dicuri.”

Polis berkata siasatan masih dijalankan dan tiada ancaman keganasan didapati.

Krosi dijangka dihadapkan di Mahkamah Guildford Crown pada 21 September. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >