Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lepas lebih 15 tahun berjasa, Zain undur diri

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



MUNCUL di empat edisi Sukan SEA, tiga temasya Sukan Asia dan sekali di peringkat Sukan Komanwel, jaguh menembak negara, Mohd Zain Amat, akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan nasional.



Selepas lebih 15 tahun berjuang dalam sukan menembak khususnya dalam acara 'trap' bagi senapang patah, yang turut menyaksikan Zain merangkul lima pingat emas dan dua gangsa di pentas Sukan SEA bermula di temasya anjuran Manila pada 2005, tiba pula masa baginya menumpukan semula kepada kerjaya serta pengajian ijazah dalam jurusan komunikasi massa yang diikutinya secara sambilan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) - sebelumnya dipanggil Universiti SIM.



Sekali akibat sakit dan sekali lagi disebabkan komitmen kerjayanya - beliau dinaikkan pangkat sebagai seorang Inspektor bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) sejak dua tahun lalu - memaksa Zain terlepas dua sesi ujian kelayakan yang dijalankan Persatuan Menembak Singapura (SSA) antara Disember dengan Februari lalu.



Ini bermakna penembak penuh pengalaman berusia 42 tahun itu terlepas mendapat tempat dalam senarai akhir penembak yang dipilih bertanding di Sukan Komanwel kali ini yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia, pada 4-15 April.



"Tiada apa yang hendak saya kesalkan.... sebaliknya saya mengundurkan diri dengan perasaan penuh bangga selepas lebih 15 tahun mencurahkan tenaga dan melakukan pelbagai pengorbanan demi sukan ini," ujar Zain semasa dihubungi Berita Minggu baru- baru ini.



"Saya telah memberikan yang terbaik setiap kali diberi peluang mewakili negara... memenangi pingat di setiap edisi Sukan SEA yang saya sertai, ia satu pencapaian yang saya bangga sekali.



"Mungkin juga ada rahmat di sebalik apa yang berlaku (tidak dipilih ke Sukan Komanwel kali ini).



"Ia memberi peluang kepada saya memberi lebih banyak tumpuan pada kehidupan saya... dan juga pengajian saya kerana saya dijadualkan menghadapi satu peperiksaan pada Mei ini nanti.



"Jadi daripada memberikan segala penumpuan kepada latihan (menembak), saya bersyukur mempunyai masa untuk melakukan persiapan lebih rapi bagi peperiksaan itu nanti," tambah Zain yang turut berpeluang menguji keupayaannya di peringkat tertinggi sukan itu sebelum ini termasuk bertanding di tiga edisi kejohanan dunia iaitu di Zagreb, Croatia (2006), Munich, Jerman (2010) dan Granada, Sepanyol (2014).



Di kejohanan besar terakhir di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun lalu, Zain juga tidak mengecewakan - menyumbangkan sebutir pingat emas 'trap' berpasukan dan sebutir gangsa bagi 'trap' individu.



"Ini juga peluang bagi saya mengundurkan diri ketika berada di atas selain memberi saya lebih banyak masa meluangkan masa melakukan kegemaran saya yang lain seperti membaca, melancong dan juga memancing," tambah Zain sambil ketawa kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >