MEXICO CITY: Kejuaraan dunia Formula Satu (F1) terjamin dalam genggamannya, tetapi Lewis Hamilton menunjukkan beliau tidak akan mengambil mudah musim yang berbaki dua perlumbaan ini.
Pemandu British yang mencatat sejarah selepas memenangi kejuaraan dunia ketiga minggu lalu berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan pasukannya memanggil beliau ke pit di Grand Prix Mexico Ahad lalu.