Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Arsenal dan Barcelona menang, Chelsea seri

Oct 21, 2015 | 08:48 AM



ARSENAL dan Barcelona menang manakala Chelsea terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu (21 Okt).


Olivier Giroud masuk sebagai pemain gantian dan memberi Arsenal kemenangan 2-0 yang amat diperlukan ke atas Bayern Munich.


Arsenal memulakan perlawanan tanpa satu mata pun daripada dua perlawanan menentang Dinamo Zagreb dan Olympiakos, tetapi mereka berjaya mengenakan kelab Jerman yang lebih kuat itu kekalahan pertamanya sejak 1 Ogos.


Giroud menjaringkan gol mudah setelah penjaga gawang Bayern, Manuel Neuer, gagal menangani sepakan percuma Santi Cazorla.


Gunners mendapat gol kedua melalui Ozil hasil hantaran Hector Bellerin.


Juara Eropah, Barcelona, semakin hampir memastikan tempat mereka dalam pusingan suku akhir apabila Ivan Rakitic menjaringkan dua gol bagi mengalahkan BATE Borisov.


Rakitic bermula di bangku simpanan tetapi dimasukkan disebabkan kecederaan yang dialami Sergi Roberto dan akhirnya membuka jaringan tidak lama selepas rehat.


Neymar kemudian mengumpan bola kepada pemain Croatia itu untuk gol keduanya, yang sekali gus mengukuhkan kedudukan Barca di tangga teratas Kumpulan E dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan pertama.


Peluang Chelsea mara ke suku akhir kekal tidak menentu apabila ia hanya seri 0-0 di Dynamo Kiev, walaupun menunjukkan permainan lebih baik.


Chelsea hampir menang, tetapi Eden Hazard dan Willian dihalang palang.


Setelah tewas 2-1 pada Porto dalam permainan sebelum ini, juara Liga Perdana Inggeris itu kini berada tiga mata di bawah Porto dan satu mata di belakang Dynamo dalam Kumpulan G.


Keputusan lain: Zenit 3 Lyon 1; Dinamo Zagreb 0 Olympiacos 1; Porto 2 M. Tel-Aviv 0 - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >