Liga Juara-Juara: Atletico Madrid kalahkan Bayern Munich 1-0

CANNING: Satu usaha solo sensasi oleh Saul Niguez memberi Atletico Madrid kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Vicente Calderon pada Rabu (27 Apr).

Pemain Bawah-21 Sepanyol itu melepasi empat pemain Bayern sebelum menendang ke penjuru gawang untuk memberi Atletico permulaan baik selepas 11 minit.

Bayern banyak menguasai perlawanan selepas itu, tetapi paling hampir mereka menyamakan kedudukan ialah apabila percubaan jarak jauh hebat David Alaba terkena palang gol.

Atletico akan ke Bavaria bagi perlawanan kedua pada Selasa depan dengan harapan mara ke final buat kali kedua dalam tiga tahun dan membalas dendam kekalahan mereka kepada Bayern dalam perlawanan akhir 1974. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.