Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Atletico singkir Bayern untuk ke final

May 04, 2016 | 07:19 AM



MUNICH: Atletico Madrid mara ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim pada Selasa (3 Mei), melalui gol di tempat lawan selepas kekalahan 2-1 di Bayern Munich, dengan kedudukan agregat terikat 2-2.



Atletico akan berdepan sama ada Real Madrid, yang mengalahkan mereka dalam perlawanan akhir 2014, atau Manchester City, yang akan bertemu dalam separuh akhir kedua pada Rabu.



Pasukan Sepanyol itu merosakkan peluang Bayern memenangi tiga kejuaraan selepas mereka memenangi perlawanan pertama 1-0 minggu lepas.



Bayern mendahului dengan gol oleh Xabi Alonso pada minit ke-31 tetapi Atletico menyamakan kedudukan melalui gol Antoine Griezmann pada minit ke-54.



Robert Lewandowski menjaringkan gol pada minit ke-74 tetapi ia tidak mencukupi untuk Bayern.



Thomas Mueller gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama untuk Bayern dan bagi Atletico, sepakan penalti Fernando Torres gagal memasuki gawang pada minit ke-85. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >