Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Barca, Man City mara ke kalah mati

Nov 24, 2016 | 07:24 AM



PARIS: Lionel Messi memacu Barcelona ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu (23 Nov) selepas ia menang 2-0 di Celtic, bersama Manchester City, yang kini dibimbing pengurus lama mereka, Pep Guardiola.



Bintang Argentina itu pulang daripada sakit untuk menjaringkan kedua-dua gol di Celtic Park - yang kedua menerusi sepakan penalti - untuk menjadikan juara lima kali Eropah itu juara Kumpulan C.



City bangkit daripada ketinggalan satu gol di Jerman untuk mendapatkan keputusan seri 1-1 di Borussia Moenchengladbach, dengan kedua-dua pihak berakhir dengan 10 pemain.



Raffael menjaringkan gol pembukaan bagi Gladbach tetapi David Silva memasukkan bola daripada hantaran Kevin de Bruyne sejurus sebelum rehat.



Lars Stindl dan Fernandinho dilayangkan kad merah pada separuh kedua.



Juara Perancis, Paris Saint-Germain seri 2-2 dengan Arsenal untuk mendahului Kumpulan A.



Edinson Cavani memasukkan bola daripada hantaran Blaise Matuidi bagi meletak PSG di depan di Stadium Emirates.



Tetapi Gunners bangkit sejurus sebelum separuh masa apabila Alexis Sanchez dijatuhkan oleh Grzegorz Krychowiak dan Olivier Giroud menjaringkan gol daripada sepakan penalti.



Arsenal kelihatan berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi juara kumpulan apabila percubaan Marquinhos menjauhkan bola terkena Marco Verratti dan melepasi penjaga gawang Alphonse Areola untuk menyebabkan gol sendiri.



Tetapi Lucas menghasilkan gol daripada hantaran Unai Emery untuk menyamakan kedudukan 13 minit sebelum tamat.



Kedua-dua pasukan mempunyai 11 mata dengan baki satu perlawanan, tetapi PSG mempunyai kelebihan dari segi gol di tempat lawan.



Bayern Munich tewas mengejut 3-2 di Rostov dan boleh menghadapi lawan menakutkan dalam pusingan seterusnya selepas Atletico Madrid menjadi juara Kumpulan D dengan kemenangan 2-0 ke atas PSV Eindhoven.



Besiktas pula pulih luar biasa pada babak kedua untuk bangkit dan seri 3-3 dengan Benfica selepas ketinggalan tiga gol di Istanbul.



Benfica kelihatan akan mara ke pusingan 16 terakhir selepas mendahului 3-0, tetapi Besiktas bangkit dan menghidupkan harapan mereka masuk ke pusingan kalah mati.



Napoli seri 0-0 di tempat sendiri dengan Dynamo Kiev dan mesti sekurang-kurangnya seri dengan Benfica dua minggu dari sekarang untuk mara.



Besiktas mara jika mereka mengalakan Kiev. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >