Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Barcelona belasah Man City 4-0

Oct 20, 2016 | 07:54 AM



BARCELONA: Pemain dan pengurus Manchester City, Claudio Bravo dan Pep Guardiola, mengalami mimpi ngeri apabila pulang ke Barcelona bagi perlawanan Juara Liga-Liga, apabila hatrik Lionel Messi menerajui kemenangan 4-0 juara Sepanyol itu pada Rabu (19 Okt).



Guardiola membantu Barca menjulang 14 trofi semasa empat tahun, antara 2008 dan 2012, beliau mengurus pasukan itu, tetapi kehebatannya dicemar oleh kesilapan pertahanan mengejutkan dan sentuhan klinikal Messi, yang baru kembali daripada kecederaan.



Messi menerkam bola yang terlepas daripada Fernandinho untuk membolehkan Barca mendahului pada separuh masa pertama sebelum penjaga gol Bravo dibuang padang kerana memegang bola tendangan Luis Suarez di luar kawasan gol.



Keputusan Guardiola mengetepikan penjawa gawang nombor satu England, Joe Hart, untuk membawa masuk Bravo daripada Barcelona pada permulaan musim ini sekali lagi akan menjadi tumpuan kerana persembahannya yang belum memuaskan.



Dua lagi jaringan Messi menyusuli tidak lama kemudian dan Neymar menebus kegagalannya menjariigkan gol daripada tendangan penalti dengan larian solo dan jaringan cemerlang bagi gol keempat Barca, selepas kad merah Jeremy Mathieu membuat kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.



City kini ketinggalan lima mata di belakang Barcelona, yang menduduki tempat teratas Kumpulan C. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >