Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Bayern Munich kalahkan Eindhoven 4-1

Oct 20, 2016 | 08:08 AM



MUNICH: Selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan, Bayern Munich mengecapi kejayaan dengan mengalahkan PSV Eindhoven 4-1 di rumah dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu (19 Oktober), dengan pemain sayap Arjen Robben bermain dengan cemerlang.



Thomas Mueller dan Joshua Kimmich meletak Bayern di hadapan di Arena Allianz sebelum Luciano Narsingh menjaringkan gol Eindhoven sebelum rehat.



Namun, Robert Lewandowski kemudian menjadikan kedudukan 3-1.



Robben, yang mencipta dua gol, menamatkan aksi cemerlangnya dengan gol keempat Bayern, membolehkan pasukan itu menghidupkan semula kempennya dalam Kumpulan D selepas kalah 1-0 di Atletico Madrid tiga minggu lalu.



Bayern kekal di tangga kedua kumpulan itu, tiga mata di belakang pendahulu Atletico, yang menang 1-0 di Rostov, manakala Eindhoven di tangga ketiga dengan perbezaan satu mata. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >