Liga Juara-Juara: Bayern Munich ketepikan Benfica untuk ke separuh akhir

LISBON: Bayern Munich muncul di atas dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menghiburkan menentang Benfica, apabila ia mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2, selepas perlawanan kedua itu berakhir dengan seri 2-2 pada Rabu (13 April).

Pep Guardiola membawa pasukan Jerman itu ke stadium Estadio Da Luz di Lisbon dengan kemenangan 1-0 daripada perlawanan pertama hasil gol Aruto Vidal di Arena Allianz minggu lepas.

Raul Jimenez menyumbatkan gol bagi Benfica pada minit ke-27 untuk menyamakan kedudukan.

Namun, Vidal menambah golnya tujuh minit sebelum separuh masa, memaksa Benfica memerlukan dua gol untuk mara ke separuh akhir.

Kemudian Thomas Mueller menjaringkan lagi gol buat Bayern.

Benfica hanya dapat menjaringkan satu lagi gol, melalui Jimenez. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.