Liga Juara-Juara: Chelsea menang besar lagi ke atas Maccabi

ISRAEL: Chelsea menikmati kemenangan 4-0 kedua mereka ke atas Maccabi Tel Aviv dalam Liga Juara-Juara musim ini, untuk berada dalam kedudukan baik bagi layak ke peringkat kalah mati dalam perlawanan Kumpulan G pada Selasa (24 Nov)

Bagaimanapun, memandangkan Dynamo Kiev menang 2-0 di Porto, pasukan layak ke peringkat kalah mati akan hanya ditentukan pada pusingan terakhir perlawanan apabila Chelsea menjadi hos kepada Porto dan Kiev menyambut Maccabi.

Gol oleh Gary Cahill, Willian, Oscar dan Kurt Zouma memastikan kemenangan buat Chelsea, yang mempunyai tugas lebih mudah apabila kapten Maccabi, Tal Ben Haim, pemain utama di tengah-tengah pertahanan, dibuang padang lima minit sebelum rehat.

Selepas lima perlawanan, Chelsea dan Porto masing-masing mempunyai 10 mata, sementara Kiev lapan dan Maccabi di bawah sekali tanpa sebarang mata. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.