Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Dortmund dahului kumpulan lepas seri dengan Real Madrid

Dec 08, 2016 | 08:03 AM



MADRID: Gol penyamaan dramatik Marco Reus dua minit sebelum tamat memastikan Borussia Dortmund menewaskan juara bertahan Real Madrid dalam persaingan untuk mendahului Kumpulan F Liga Juara-Juara, dengan seri 2-2 pada Rabu (7 Dis).



Dengan kedua-dua pasukan sudah layak ke pusingan kalah mati, dua gol oleh Karim Benzema kelihatan akan membuat Real menjadi juara kumpulan.



Namun, Pierre-Emerick Aubameyang kemudian merapatkan jurang, sebelum pemain gantian Reus memanfaatkan bola hantaran berbahaya Aubameyang untuk mendapatkan keputusan seri.



Dengan keputusan itu, Real akan mengelakkan menghadapi pasukan seperti Bayern Munich, Manchester City atau Paris Saint-Germain dalam undian kalah mati pada Isnin.



Jurulatih Madrid, Zinedine Zidane, menepati janjinya akan memburu kemenangan walaupun berdepan dengan pasukan lebih mudah jika kekal di tempat kedua.



Bagaimanapun, Dortmund juga layak mendapat satu mata kerana mencipta sejumlah besar peluang dalam perlawanan itu.



Bintang Real, Cristiano Ronaldo, yang menjadi tajuk berita tidak diingini minggu ini kerana dakwaan beliau menyembunyikan berjuta-juta euro daripada hak imej bagi mengelak cukai, tidak menyerlah.



Malah pada satu ketika tendangan Ronaldo terkena palang walaupun beliau hanya berdepan dengan penjaga gawang Dortmund, Roman Weidenfeller. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >