Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Dortmund menang, Tottenham seri

Oct 19, 2016 | 08:22 AM



LISBON: Gol babak pertama oleh Pierre-Emerick Aubameyang dan Julian Weigl memberi Borussia Dortmund kemenangan 2-1 ke atas Sporting dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara pada Selasa (18 Okt), walaupun mereka terpaksa bertahan pada babak kedua.



Bruno Cesar merapatkan jurang daripada gol sepakan percuma pada pertengahan babak kedua, tetapi Dortmund tetap bertahan.



Kemenangan itu mengekalkan kedudukan Dortmund di atas tangga kumpulan tersebut bersama Real Madrid dengan tujuh mata, manakala Sporting mempunyai tiga.



Real dan Dortmund akan mengesahkan tempat mereka dalam pusingan 16 terakhir sekiranya masing-masing mengulangi kejayaan mereka ke atas Legia Warsaw dan Sporting pada 2 Nov.



Sementara itu dalam perlawanan Kumpulan E, Bayer Leverkusen dan Tottenham Hotspur seri tanpa jaringan, dengan setiap pasukan mengsia-siakan peluang keemasan dalam pertemuan menghiburkan di Leverkusen.



Tottenham menguasai perlawanan dalam separuh pertama, manakala Leverkusen selepas rehat, namun kedua-duanya tidak memanfaatkan sepenuhnya penguasaan dan peluang mereka untuk menjaringkan gol.



Dengan keputusan itu, Tottenham mempunyai empat mata dalam Kumpulan E, satu mata di belakang AS Monaco, yang seri 1-1 di CSKA Moscow, sementara Leverkusen di tangga ketiga dengan tiga mata. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >