Liga Juara-Juara: Dua gol masa tambahan bawa Bayern ke suku akhir

MUNICH: Bayern Munich menjaringkan dua gol dalam masa tambahan untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol dan menewaskan Juventus 4-2 pada Rabu (16 Mac) untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 6-4.

Thiago Alcantara menendang bola masuk pada minit ke-108 dan Kingsley Coman menjaringkan gol keempat dua minit kemudian apabila Bayern, yang memerlukan gol penyamaan pada minit ke-90 Thomas Mueller untuk memaksa masa tambahan, akhirnya berjaya dan mengekalkan harapannya menjulang tiga kejuaraan musim ini.

Dalam keadaan terbalik semasa perlawanan pertama mereka apabila Juventus bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2, Bayern berusaha keras untuk menjaringkan dua gol pada babak kedua.

Ia satu kekalahan pahit bagi Juventus, naib juara musim lalu, yang kehilangan tenaga pada masa tambahan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.