Liga Juara-Juara: Kemenangan bagi City, Real dan United

REAL Madrid dan Manchester City mara ke suku akhir setelah menang, bersama Manchester United, dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu (4 Nov).

Raheem Sterling dan Fernandinho menjaringkan gol bagi City pada minit awal perlawanan menentang Sevilla.

Walaupun Benoît Trémoulinas kemudian mengurangkan jurang, Wilfried Bony memastikan kemenangan City apabila beliau menjaringkan gol dalam separuh kedua, menjadikan keputusan 3-1.

Real terpaksa menangkis banyak serangan Paris Saint-Germain pada separuh pertama sebelum akhirnya menang tipis 1-0.

Tendangan jarah jauh Toni Kroos melantung tinggi dan walaupun tidak dicabar, penjaga gol PSG, Kevin Trapp, tergelincir semasa hendak mendapatkan bola.

Nacho merebut peluang itu untuk memasukkan bola ke dalam gawang terbuka.

Wayne Rooney pula menamatkan kemarau gol United dengan menjaringkan gol menerusi tandukan pada lewat perlawanan yang memberi kemenangan 1-0 ke atas CSKA Moscow.

United kini berada di tempat pertama Kumpulan B dengan dua lagi perlawanan.

Gol Rooney menyamai rekod 237 gol Denis Law dalam senarai penjaring gol terbanyak United.

Keputusan lain: Astana 0 Atlético Madrid 0, PSV Eindhoven 2 Wolfsburg 0, Benfica 2 Galatasaray 1, Shakhtar 4 Malmo 0, dan Mönchengladbach 1 Juventus 1. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.