Liga Juara-Juara: Man City seri 3-3 dengan Celtic

GLASGOW: Pep Guardiola menyaksikan rekod sempurnanya dengan Manchester City berakhir, apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan tiga kali untuk mendapatkan keputusan seri 3-3 di Celtic dalam perlawanan mempesonakan Kumpulan C Liga Juara-Juara pada Rabu (28 Sep ).

Anak buah Guardiola terkejut dengan suasana hangat di Celtic Park kerana mereka dinafikan kemenangan ke-11 berturut-turut, yang akan menyamai rekod 1960-1961 Tottenham Hotspur sebagai permulaan terbaik bagi sesebuah musim oleh mana-mana kelab Inggeris.

Moussa Dembele menjaringkan dua gol bagi Celtic, sementara Raheem Sterling menjaringkan gol sendiri.

Namun, City enggan kekal lemah dan menyumbatkan gol melalui Fernandinho, Sterling dan Nolito.

Mereka kini di tempat kedua dalam kumpulan C dengan empat mata, di belakang Barcelona yang menang 2 -1 di Borussia Moenchengladbach. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,306.660 +13.530