KIEV: Manchester City semakin hampir tampil buat kali pertama dalam suku akhir Liga Juara-Juara selepas mengalahkan Dynamo Kiev 3-1 dalam perlawanan pertama mereka dalam pusingan 16 pasukan pada Rabu (24 Feb).
City tidak tertekan dalam 45 minit pertama, menyerang lawan mereka hampir sesuka hati dan mendahului 2-0 menerusi jaringan Sergio Aguero dan David Silva.
Tuan rumah, bagaimanapun, bermain lebih baik secara mendadak selepas rihat dan tendangan Vitaliy Buyalskiy yang terpesong mengurangkan jaringan kepada 2-1.
Kemudian, penjaga gol City, Joe Hart, terpaksa berusaha hebat untuk mengagalkan percubaan Buyalskaya menyamakan kedudukan.
Pada minit ke-90, Yaya Toure menendang bola melengkung dari jarak 20 meter untuk menambah jaringan City menjelang perlawanan kedua pada 15 Mac. - Reuters