Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Monaco singkir Man City untuk mara bersama Atletico Madrid

Mar 16, 2017 | 07:39 AM



MONACO: Tandukan hebat Tiemoue Bakayoko membawa Monaco ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan mengalahkan pasukan Pep Guardiola, Manchester City, 3-1 pada Rabu (15 Mac).



City tersingkir dek peraturan gol di tempat lawan.



Ketinggalan 5-3 pada perlawanan pertama di England, bintang remaja Kylian Mbappe meletak Monaco di depan selepas hanya lapan minit di Stade Louis II dan pemain tengah Fabinho menambah goh kedua pasukan tuan rumah sebelum setengah jam.



Gol minit ke-71 Leroy Sane memberi City kelebihan 6-5 dari segi agregat, tetapi Bakayoko menanduk kencang bola daripada sepakan percuma Thomas Lemar 13 minit sebelum tamat perlawanan bagi Monaco mencatat kemenangan.



Dalam satu lagi perlawanan pada Rabu, Atletico Madrid juga menempah tempat ke suku akhir bagi empat musim berturut-turut tetapi harus mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol Jan Oblak kerana mengelakkan kekalahan untuk seri 0-0 dengan Bayer Leverkusen.



Oblak menyelamatkan bola tiga kali dengan cemerlang pada pertengahan babak kedua apabila Atletico berusaha mempertahankan kelebihan 4-2 daripada perlawanan pertama mereka. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >