Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Ozil, Sanchez rangsang Arsenal menang 6-0

Oct 20, 2016 | 07:33 AM



LONDON: Mesut Ozil dan Alexis Sanchez menunjukkan mengapa mereka tidak ternilai bagi Arsenal apabila pasangan itu merangsang kemenangan 6-0 ke atas pasukan kerdil Bulgaria, Ludogorets, dalam Liga Juara-Juara pada Rabu (19 Okt).



Pengurus Gunners, Arsene Wenger, menggesa Ozil dan Sanchez supaya jangan tamak selepas laporan menyatakan mereka merancang menuntut Arsenal menaikkan gaji mereka kepada £250,000 ($425,000) seminggu apabila perbincangan kontrak dibuka semula akhir bulan ini.



Kontrak Sanchez dan Ozil tamat pada 2018, tetapi Arsenal mahu aset berharga mereka ini memberi komitmen jangka panjang kepada kelab itu dan persembahan mereka di Stadium Emirates bukti mereka harus dapat apa yang mereka mahu.



Sanchez menjadi mangkin kepada Arsenal apabila bekas bintang Barcelona itu menyumbatkan gol keenamnya musim ini dengan menguis bola dengan cemerlang, manakala Ozil menjaringkan hatrik pada separuh kedua.



Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain juga menjaringkan gol untuk meletak Arsenal di puncak Kumpulan A Liga Juara-Juara selepas tiga perlawanan dan di ambang pusingan kalah mati 16 pasukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >