Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: PSG jinakkan Barcelona 4-0

Feb 15, 2017 | 07:38 AM



PARIS: Angel Di Maria menjaringkan dua gol cemerlang pada hari lahirnya, apabila Paris Saint-Germain secara sensasi memusnahkan Barcelona 4-0 di Parc des Princes dalam perlawanan pertama mereka dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa (14 Feb).



Di Maria, bekas bintang Real Madrid, membuka tirai jaringan pada minit ke-18 dan menambah satu lagi gol dengan menendang bola melingkar masuk 10 minit selepas separuh masa kedua untuk meraikan ulang tahunnya ke-29 dengan bergaya.



Pemain baru PSG, Julian Draxler, turut menjaringkan gol manakala Edinson Cavani menyambut hari jadi ke-30 beliau dengan menyumbatkan gol pada minit ke-71.



Ia kekalahan paling memalukan bagi Barcelona dalam kejuaraan Eropah sejak tewas 7-0 secara agregat kepada Bayern Munich pada separuh akhir pada 2013.



Barcelona kini berdepan dengan penyingkiran daripada kejuaraan ini buat kali pertama sebelum suku akhir dalam satu dekad, kecuali mereka dapat mencipta keputusan menakjubkan dalam perlawanan kedua di Nou Camp pada Mac. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >