Liga Juara-Juara: PSG kalahkan Chelsea 2-1

PARIS: Edinson Cavani masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan apabila Paris Saint-Germain menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Selasa (16 Feb).

Cavani mengalahkan penjaga gawang cemerlang Thibaut Courtois pada minit ke-78 di stadium Parc des Princes, hanya empat minit selepas masuk padang, untuk memberi juara Perancis itu kelebihan menjelang perlawanan kedua pada 9 Mac.

Zlatan Ibrahimovic sebelum itu memberi Paris gol pertama daripada sepakan percuma yang melencong.

John Obi Mikel menyamakan kedudukan bagi Chelsea sejurus sebelum separuh masa.

Ini kekalahan pertama Chelsea sejak Guus Hiddink menggantikan Jose Mourinho yang dipecat sebagai pengurus December lalu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.