Liga Juara-Juara: PSV seri dengan Atletico walau tanpa seorang pemain

EINDHOVEN (Belanda): PSV Eindhoven bertahan dengan 10 pemain untuk seri 0-0 dengan Atletico Madrid dalam perlawanan pertama mereka dalam peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara pada Rabu (24 Feb).

Atletico mempunyai peluang untuk mendahului sebelum separuh masa tetapi Luciano Vietto dan Antoine Griezmann gagal selepas persaingan seorang dengan seoranng dengan penjaga gawang PSV, Jeroen Zoet.

Tuan rumah terpaksa bermain sepanjang 20 minit terakhir tanpa seorang pemain apabila Gaston Pereira dilayangkan kad merah kerana menerima kad kuning kedua.

Bagaimanapun, Atletico gagal memanfaatkan keadaan itu untuk menikmati kelebihan apabila dua pasukan itu bertemu sekali lagi pada 15 Mac di Vicente Calderon bagi tempat di suku akhir. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.