Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Real Madrid dan Manchester City seri 0-0

Apr 27, 2016 | 07:18 AM



MANCHESTER: Penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara, Cristiano Ronaldo, menjadi penonton kecewa kerana pasukannya, Real Madrid, hanya mampu seri 0-0 di Manchester City dalam separuh akhiara pertama pada Selasa (26 April).



Kecederaan menghalang bintang Portugis itu menambah jumlah 16 golnya dan tanpanya, Real tidak dapat memanfaatkan segelintir peluang yang mereka cipta untuk menghasilkan gol, dengan Joe Hart menyelamatkan percubaan paling baik dalam perlawanan di Stadium Etihad itu oleh Pepe.



Persembahan City agak mengecewakan, tetapi dengan menghalang Real daripada menjaringkan gol di tempat lawan, mereka mengekalkan harapan layak ke perlawanan akhir apabila mereka bertemu sekali lagi minggu depan di Bernabeu.



Dengan kededua pasukan tidak mencipta banyak peluang, babak paling ketara pada separuh pertama ialah David Silva terpaksa keluar padang selepas cedera pada paha semasa mengasari Gareth Bale, hingga mendapat kad kuning.



Silva digantikan oleh penyerang dari Nigeria, Kelechi Iheanacho, 19 tahun. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >