WOLFSBURG: REAL Madrid mengalami kekalahan mengejut 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Wolfsburg pada Rabu (6 Apr).
Hanya lima hari selepas menamatkan perjalanan 39 perlawanan tanpa kalah Barcelona dengan kemenangan 2-1 di tempat lawan, Real ditundukkan oleh Wolfsburg, yang sedang bergelut di tangga pertengahan dalam liga utama Jerman.
Pengurus Real, Zinedine Zidane, membuat hanya satu perubahan, Danilo menggantikan Dani Carvajal di bek kanan, dalam skuad 10 orangnya yang menewaskan Barcelona.
Tetapi Real tidak pulih selepas ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama, yang dijaringkan oleh Ricardo Rodriguez.
Maximilian Arnold kemudian menjadikan jaringan 2-0 25 selepas perlawanan di Arena Volkswagen itu.
Wolfsburg kini mempunyai kelebihan apabila dua pasukan itu bertemu bagi perlawanan kedua di Bernabeu Selasa ini. - Reuters