Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Real Madrid menang 2-0, mara ke suku akhir

Mar 09, 2016 | 07:15 AM



MADRID: Gol daripada Cristiano Ronaldo serta James Rodriguez dan kegagalan Roma memanfaatkan banyak peluang membolehkan Real Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 4-0, setelah menang 2-0 pada Selasa (8 Mac).

Edin Dzeko dan Mohamed Salah melepaskan peluang pasukan pelawat di depan pintu gol sebelum dua gol dalam empat minit babak kedua memastikan kemenangan pertama Real ke atas pasukan Italy di Eropah dalam 29 tahun.

Ronaldo menyumbatkan hot hasil bola hantaran Lucas Vazquez 26 minit sebelum perlawanan tamat dan empat minit kemudian beliau pula menghantar bola untuk Rodriguez menyumbatkan gol kedua Real.

Gareth Bale turun untuk Real buat kali pertama dalam enam minggu dek kecederaan betis dan pemain Wales itu bermula dengan baik kerana mendapat peluang bermain di sebelah kiri sedang Ronaldo di tengah disebabkan ketiadaan Karim Benzema yang cedera. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >