Liga Juara-Juara: Real Madrid tewaskan Legia 5-1

MADRID: Juara bertahan Real Madrid melangkah setapak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, tetapi pergaduhan antara peminat tegar Legia Warsaw dari Poland dan polis mencemar kemenangan 5-1 mereka di Santiago Bernabeu pada Selasa (18 Okt).

Lima peminat dan dua pegawai polis dirawat kerana cedera ringan selepas pertempuran di luar stadium sebelum perlawanan bermula.

UEFA telah mengarahkan perlawanan timbal balik antara dua kelab itu dalam masa dua minggu dimainkan secara tertutup disebabkan keganasan dan penderaan perkauman semasa perlawanan pembukaan Kumpulan F Legia, apabila ia tewas 6-0 kepada Borussia Dortmund, bulan lepas.

Apabila perlawanan bermula, Real terlalu gagah bagi Legia, dengan Gareth Bale, gol sendiri Tomasz Jodlowiec dan Marco Asensio meletak pasukan tuan rumah di depan pada separuh masa, walaupun Miroslav Radovic membalas satu melalui tendangan penalti.

Lucas Vazquez dan Alvaro Morata masuk sebagai pemain gantian untuk menambah dua lagi gol bagi Real selepas rehat.

Cristiano Ronaldo tidak menyumbatkan sembarang gol tetapi memainkan peranan menghantar bola untuk Asensio dan Morata menjaringkannya.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, Dortmund menewaskan Sporting Lisbon 2-1, yang bermakna Real dan pasukan Jerman itu masih terikat di tempat teratas kumpulan tersebut dengan tujuh mata.

Real dan Dortmund akan mengesahkan tempat mereka dalam pusingan 16 terakhir sekiranya masing-masing mengulangi kejayaan mereka ke atas Legia dan Sporting pada 2 Nov. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 58
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730