Liga Juara-Juara: United belum dapat mara dek seri dengan PSV

MANCHESTER: Manchester United mensia-siakan peluang untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada Rabu (25 Nov) apabila ia hanya seri 0-0 di padang sendirai dengan PSV Eindhoven.

Pada malam United memperingati tahun ke-10 kematian salah seorang legendanya, George Best, kelab itu banyak menguasai bola tetapi mencipta sedikit peluang tulen, dengan peluang terbaiknya disia-siakan Jesse Lingard yang menendang bola tinggi melewati palang pada pertengahan babak kedua.

Ditambah pula dengan kemenangan 2-0 Wolfsburg di CSKA Moscow, hasilnya menyaksikan United melepaskan kedudukan teratas dalam Kumpulan B dan kini perlu menang perlawanan terakhir mereka di Wolfsburg pada 8 Disember untuk mara ke peringkat kalah mati.

PSV kini ditempat ketiga, dua mata di belakang pendahulu kumpulan Wolfsburg dan satu di bawah United.

Ia akan menentang CSKA dalam perlawanan terakhirnya. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.