Liga Juara-Juara: Wolfsburg menang 1-0, masuk suku akhir

JARINGAN Andre Schurrle membolehkan Wolfsburg mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama pada Selasa (8 Mac), dengan kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas juara Belgium, Gent.

Julian Draxler dengan mudah melewati pemain pertahanan Gent dan menghantar bola kepada Schurrle untuk memberi Wolfsburg kemenangan agregat 4-2 pada minit ke-74.

Kelab Jerman itu, yang tidak konsisten dalam Bundesliga musim ini, sepatutnya berada pada kedudukan selesa selepas mendahului perlawanan pertama 3-0, tetapi melepaskan dua gol lewat untuk memulihkan harapan Gent.

Namun, harapan itu hancur dalam perlawanan kedua apabila Gent tidak menyengat. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.