BRUGES (Belgium): WAYNE Rooney mengakhiri kemarau golnya dengan menghasilkan hatrik untuk membolehkan Manchester United menewaskan Club Brugge 4-0 awal pagi tadi dan menempah tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara.
United mendahului 3-1 daripada perlawanan pertama dan Rooney menambah dengan gol pertamanya musim ini.
Penyerang itu dengan mudahmenjaringkan gol kedua selepas diberi bola oleh pemain midfield Ander Herrera.
Rooney kemudian menyumbatkan gol ketiga sebelum Herrera menambah satu lagi bagi United.
Pasukan itu kemudian mendapat tendangan penalti tetapi Javier Hernandez gagal menyempurnakannya.
Hernandez juga mensia-siakan peluang menyumbatkan gol dari jarak dekat.