Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU LIVERPOOL LWN MANCHESTER CITY

Liverpool perlu bangkit tapi City terlalu gagah

Oct 16, 2022 | 08:13 AM



LIVERPOOL: Sejak beberapa musim lalu, perbualan mengenai saingan merebut piala Liga Perdana England (EPL) hanya tertumpu kepada dua pasukan.



Lima saingan EPL terakhir telah dimenangi sama ada oleh Manchester City atau Liverpool - City sebanyak empat kali, Liverpool sekali - dan dalam empat daripada lima musim itu, kedua-dua pasukan telah menduduki tempat pertama dan kedua.



Malah pada musim 2020/21, dengan saingan liga terjejas dek pandemik Covid-19, pasukan kendalian Jurgen Klopp masih mampu menamatkan saingan 17 mata di belakang City



Pertemuan antara City dengan Liverpool dianggap paling penting dalam kempen liga.



Hanya dua bulan selepas musim baru bermula, tidak dapat lagi dinafikan bahawa pencabar liga terdekat City sebenarnya bukanlah pasukan dari Anfield.



Menyusuli kekalahan 2-3 kepada Arsenal minggu lalu, Liverpool kini menyaksikan diri mereka ketinggalan 13 mata di belakang skuad kendalian Pep Guardiola - dan 14 mata di belakang Arsenal - walaupun mempunyai kelebihan satu perlawanan.



Jika dilihat dari segi serangan Liverpool, mereka merupakan antara pasukan yang menyengat dengan 20 gol yang dijaringkan dalam lapan perlawanan.



Namun benteng pertahanan dan bahagian tengah mereka musim ini tampak lemah dan ketandusan.



Virgil van Dijk seperti kehilangan kebolehannya untuk bertahan, yang mendorong ramai untuk melabelkannya sebagai pemain pertahanan terbaik dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Sementara itu, prestasi Trent Alexander-Arnold juga merosot dengan teruk.



Di bahagian tengah pula, keadaan tiada bezanya; Thiago Alcantara mampu menunjukkan persembahan yang mengagumkan apabila beliau cergas, namun sejak beliau ditimpa kecederaan yang kerap, Liverpool seolah-olah kekurangan pemain berkualiti di tengah padang.



Meskipun mempunyai trio pemain tengah iaitu Fabinho, Harvey Elliot dan Jordan Henderson, sukar untuk membayangkan Liverpool mencabar untuk menrebut kejuaraan musim ini.



Jika dilihat dari perspektif yang berlainan, mungkin Klopp kurang bernasib baik musim ini dengan jumlah kecederaan yang ditimpa pasukannya.



Joel Matip dan Alexander-Arnold merupakan mangsa terbaru, dengan kedua-dua pemain itu tidak akan ditampilkan sewaktu perlawanan menentang City di Anfield malam ini.



Faktor lain yang menjejas persembahan Liverpool musim ini adalah ketidakupayaan untuk menyegarkan skuad mereka dengan berkesan sepanjang musim panas.



Sadio Mane telah menyertai Bayern Munich, dan Liverpool menggantikan beliau dengan Darwin Nunez.



Biarpun ia merupakan satu perkara biasa untuk memberikan penyerang muda waktu untuk menyesuaikan diri dalam sebuah liga dan pasukan baru, namun begitu Liverpool kelihatan kurang padu tanpa Mane.



Pemain antarabangsa Senegal itu begitu penting kepada gaya permainan pasukan Klopp.



Perbezaan antara Liverpool dengan City dalam mendapatkan pemain baru ketika musim panas lalu amat ketara.



Empat pemain pasukan utama meninggalkan Stadium Etihad manakala lima pemain baru pula dibawa masuk.



Ramai akan menjangkakan perubahan yang begitu ketara akan menyebabkan City memulakan musim dengan perlahan, tetapi pada hakikatnya perkara sebaliknya telah berlaku.



Tidak dapat dinafikan bahawa permulaan baik City musim ini - mereka belum lagi ditewaskan - sebahagian besarnya disebabkan keberkesanan Erling Haaland di hadapan gawang lawan.



Beliau telah menjadikan bahagian serangan pasukan yang menjaringkan 100 gol musim lalu lebih berbahaya.



Haaland bagaimanapun tidak ditampilkan dalam perlawanan seri tanpa jaringan City menentang Copenhagen bagi saingan Liga Juara-Juara Kumpulan G pada Rabu lalu.



Kali pertama Haaland tidak ditampilkan dalam kesebelasan utama dan ia menyaksikan City gagal menjaringkan gol buat kali pertama musim ini.



Adakah ia satu kebetulan? Mungkin.



Dalam wawancaranya selepas perlawanan, Guardiola memberitahu wartawan bahawa pemain Norway berusia 22 tahun itu mengalami "keletihan".



Pada minggu yang lalu sahaja, dalam semua pertandingan, Haaland telah menjaringkan dua gol menentang Copenhagen, tiga menentang Manchester United dan satu menentang Southampton.



Beliau sudahpun menjaringkan 20 gol musim ini - satu statistik yang mengagumkan.



Namun selepas memulakan kesemua 13 perlawanan City sebelum lawatan mereka ke Denmark itu, mungkin juga Haaland memerlukan rehat.



Atau mungkin Guardiola sedang menyimpan jentera serangannya itu untuk perlawanan City yang seterusnya, iaitu menentang Liverpool.



Penyerang bintangnya itu kini lebih cergas dan segar untuk berdepan Liverpool - mungkin satu perkara yang amat menggerunkan bagi pasukan Jurgen Klopp. - Agensi berita




KEDUDUKAN DI EPL



2. Manchester City



Perlawanan    9



Mata               23



10. Liverpool



Perlawanan    8



Mata              10




NASIB BERBEZA



Mungkin Klopp kurang bernasib baik musim ini dengan jumlah kecederaan yang ditimpa pasukannya.



... Faktor lain yang menjejas persembahan Liverpool musim ini adalah ketidakupayaan untuk menyegarkan skuad mereka dengan berkesan sepanjang musim panas.



Tidak dapat dinafikan bahawa permulaan baik City musim ini di mana mereka belum lagi ditewaskan, sebahagian besarnya disebabkan keberkesanan Erling Haaland di hadapan gawang lawan.



Beliau telah menjadikan bahagian serangan pasukan yang menjaringkan 100 gol musim lalu lebih klinikal dan berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >