LONDON: Harry Kane mungkin mencuri perhatian apabila buat julung-julung kalinya penyerang England itu menyumbatkan empat gol semasa membantu Tottenham Hotspur membelasah Leicester City 6-1 dalam pertarungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dinihari semalam.
Kejayaan itu turut meletak Kane di atas senarai penjaring terbaik liga musim ini dan penyerang pilihan untuk merangkul Anugerah But Emas.