Liga-S batal laksana peraturan had usia

LIGA-S tidak jadi melaksanakan peraturan  mengehadkan bilangan pemain berusia 30 tahun ke atas dan pemain di bawah usia 25 tahun yang dirancang bagi musim depan.

Demikian menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataannya lewat malam Sabtu.

Keputusan untuk membuat pusingan-U itu dibuat setelah perbincangan antara Liga-S dan para pengerusi kelab. Ia dicapai setelah mengambil kira rayuan daripada pemain yang terjejas.

"Matlamat Liga-S ialah untuk sentiasa mempertingkatkan mutu bola sepak untuk menjadikannya lebih menarik dan kompetitif. Kelab harus mampu bersaing di peringkat serantau. Untuk mencapai matlamat tersebut, penekanan kepada kelakonan, tahap kecergasan tinggi dan keupayaan bermain pada intensiti tinggi bagi semua pemain Liga-S akan diteruskan," kata kenyataan tersebut.

 

 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.