Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga-S: Geylang kalahkan Young Lions 2-0

Feb 26, 2016 | 08:14 AM



FARITZ Abdul Hameed membantu Geylang International mengalahkan Garena Young Lions 2-0 dalam perlawanan Liga-S di Stadium Jalan Besar pada Khamis (25 Feb) malam.


Bermain cemerlang sebagai midfield kanan daripada peranan biasanya sebagai bek kanan, Faritz membuat hantaran baik untuk Branko Cubrilo menyumbatkan gol bagi Geylang pada minit ke-14.


Kemudian pada minit ke-66, beliau sendiri menjaringkan gol daripada hantaran silang Gabriel Quak.


Dengan isterinya dijangka melahirkan tidak lama lagi, pemain berusia 26 tahun itu menyambut dengan memasukkan bola di bawah jersinya.


Sang Helang sebenarnya boleh menyumbatkan sekurang-kurangnya setengah dozen gol di hadapan 2,416 penyokong mereka, namun peluang itu disia-siakan.


Bagaimanapun, jurulatih Geylang, Hasrin Jailani, lega mendapatkan kemenangan pertama selepas pasukannya seri dengan Tampines Rovers (3-3) dan Brunei DPMM FC (1-1).


Young Lions pula terus dilanda kebimbangan, kerana kekalahan itu menyusuli kekalahan teruk 5-0 di tangan Albirex Niigata minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >