Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga S: Home kalahkan Young Lions 4-1 dalam kemenangan pertama

Mar 18, 2016 | 08:01 AM



KHAIRUL Nizam menjaringkan dua gol bagi memberi Home United inspirasi untuk mengalahkan Garena Young Lions 4-1 pada Khamis (17 Mac) malam di Stadium Bishan.



Ini walaupun bekas penyerang LionsXII itu bermain di bahagian sayap, posisi yang beliau tidak biasa.



Ia kemenangan pertama Home dalam liga musim ini, mengakhiri empat perlawanan tanpa kemenangan.



"Sukar pada permulaan (bermain di sayap) dan saya memberitahu jurulatih bahawa saya tidak boleh bermain di posisi itu tetapi beliau yakin pada saya," kata pemain berusia 24 tahun itu, yang menjaringkan lima gol dalam 21 perlawanan musim lalu.



Jurulatih Home, Philippe Aw, percaya Nizam boleh terus bermain di posisi barunya itu.



Di hadapan 2,048 penonton, Young Lions memulakan permainan dengan baik dan dalam minit pertama, Fareez Farhan hampir membuka jaringan daripada hantaran silang Muhaimin Suhaimi tetapi dia menendang bola tersasar dari jarak dekat.



Namun 10 minit kemudian, Fareez memanfaatkan kekeliruan dalam pertahanan Home untuk membuka jaringan bagi Young Lions.



Ia menyentak Home dan tiga minit kemudian, Ken Ilso menggelongsor untuk memasukkan bola hantaran Sirina Camara, menjadikan kedudukan 1-1.



Home mendahului pada minit ke-31 apabila sepakan percuma Zulfahmi Arifin memperdaya keseluruhan pertahanan Young Lions dan melepasi penjaga gawang Benjamin Bertrand.



Selepas rehat, Home menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-50 melalui tandukan Nizam.



Mereka kemudian menjamin kemenangan apabila Nizam menjaringkan gol keduanya pada minit ke-83.



Dengan kemenangan itu, Home naik ke tangga keenam manakala Young Lions jatuh ke tempat terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >