Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga-S: Pennant jaring gol pertama tapi Tampines seri 1-1 dengan Home

Mar 04, 2016 | 07:23 AM



JERMAINE Pennant, pemain bintang yang ditandatangani bagi Liga-S musim ini, menjaringkan gol pertamanya untuk Tampines Rovers pada Khamis (3 Mac), tetapi ia tidak cukup untuk menjamin kemenangan pasukannya ke atas Home United.



Pasukan pilihan pra-musim itu diikat 1-1 di Stadium Bishan di hadapan 3,551 penonton, sedang pasukan tuan rumah terus menanti kemenangan pertama mereka musim ini selepas dua seri dan satu kekalahan.



Walaupun Tampines menguasai awal perlawanan, Home yang mendahului pada minit ke-35 apabila penyerang Denmark, Ken Ilso, menewas beberapa pemain pertahanan dan penjaga gawang Tampines, Izwan Mahbud.



Namun, ia kekal hanya lima minit kerana Tampines menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma lencong Pennant, yang mengalahkan penjaga gol Home, Hyrulnizam Juma'at.



Ia gol pertama bekas pemain sayap Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tiga perlawanan Liga-S untuk Tampines.



Peluang terbaik babak kedua bagi Home datang pada minit ke-80, tetapi tandukan pemain gantian, Irfan Fandi, daripada hantaran sudut silang Ilso diselamatkan di garisan.



Dengan ini, Home hanya mendapat dua mata daripada tiga perlawanan dan mereka berada di tempat ketujuh dalam kalangan sembilan pasukan.



Tampines kekal di tempat ketiga dengan lima mata daripada tiga perlawanan.



Dalam satu lagi perlawanan, Geylang International dan Balestier Khalsa seri tanpa jaringan di Stadium Bedok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >