SEIRING fokusnya pada pembangunan belia dalam usaha membawa bola sepak setempat ke tahap lebih tinggi - seperti yang diuar-uarkan semasa Kongres Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bulan lalu - unsur itu juga dijangka menjadi teras utama usaha menyemarakkan liga profesional Liga-S yang sejak beberapa tahun lalu semakin malap dan mengecewakan.
Demikian dinyatakan timbalan presiden FAS Bernard Tan menyusuli mesyuarat bersama pengurus kelab Liga-S di Stadium Jalan Besar kelmarin.