PERNAH dianggap kelab gergasi bola sepak setempat dengan kejuaraan rekod lapan mahkota Liga-S, Warriors FC (sebelum ini dikenali dengan nama SAFFC) gagal menjulang trofi kejuaraan itu sejak 2009.
Namun, segalanya berubah di Stadium Choa Chu Kang Stadium malam kelmarin apabila pasukan pimpinan Alex Weaver itu mengakhiri kemarau panjang itu apabila ditabal juara Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Albirex Niigata.