Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lim kekal terajui jawatan Presiden FAS

Apr 28, 2021 | 10:52 PM



PEGUAM Lim Kia Tong kekal memimpin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk empat tahun seterusnya setelah dilantik presiden persatuan itu untuk dua tempoh berturut-turut.



Enam muka baru juga dilantik membentuk majlis baru FAS bagi tempoh 2021 hingga 2025, dalam pemilihan kedua FAS yang berlangsung di Orchard Hotel pada malam Rabu (28 April).



Disebabkan tiada pasukan pesaing lain yang bertanding dalam pemilihan kali ini, pasukan Lim, Team LKT, secara automatik dipilih mengetuai badan bola sepak Singapura. 



Pasukan Lim terdiri daripada Timbalan Presiden Bernard Tan; Naib Presiden, S. Thavaneson; Teo Hock Seng, Razali, dan Ben Teng, serta Anggota Majlis Dr Dinesh Nair; Lionel Lewis dan Goh Tat Chuan.



Daripada barisan itu, penasihat Geylang International, Teng, dan mantan pemain pasukan Singa, Lewis dan Goh, adalah anggota baru.



Mereka menggantikan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, usahawan jutawan Forrest Li dan timbalan pengerusi Balestier Khalsa Football Club Darwin Jalil.



Dalam pencalonan secara individu, persaingannya sengit dengan tujuh calon merebut lima kerusi anggota majlis yang ditawarkan.



Seramai 36 daripada 40 ahli biasa FAS hadir membuang undi mereka malam ini, dalam acara yang diadakan mematuhi langkah pengurusan selamat Covid-19.



Setiap calon individu memerlukan sekurang-kurangnya 19 undian untuk dilantik dalam majlis. 



Baki lima anggota majlis FAS baru ialah Harman Ali (21 undian), Lim Tong Hai (30), Darwin (24), Rizal Rasudin (23) dan Zaki Ma’arof (23).



Ashley Arriola meraih lapan undian manakala Romzi Damiri mendapat sembilan undian.



Dalam majlis sebelumnya, Lim Tong Hai dan Rizal mengisi lima jawatan itu bersama Foo Seng Peng, Yakob Hashim, dan Teo Ban Seng. 



Sebagai satu-satunya calon wanita, Julie Teo dilantik ke dalam majlis itu.



Perlembagaan FAS menyatakan mesti ada sekurang-kurang seorang anggota majlis wanita.



Teo menggantikan anggota majlis wanita 2017, Sharda Pravin Abdul Latiff. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >