Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lim suntik lagi $160 juta sebagai bukti komitmen jadikan Valencia antara kelab handalan Eropah

Oct 01, 2015 | 07:31 PM



USAHAWAN Singapura, Encik Peter Lim, menunjukkan 'kekuatan' kewangannya bagi membuktikan beliau serius mahu menjadikan kelab bola sepak La Liga miliknya, Valencia, sebuah kelab handalan di Sepanyol dan Eropah dengan satu suntikan dana yang besar.


Syarikat pelaburan milik jutawan itu, Meriton Holdings, akan melabur lagi 100 juta euro ($160 juta) ke dalam kelab itu.


Ini diumumkan oleh presiden eksekutif dan juga pengerusi lembaga pengarah Valencia, Chan Lay Hoon, di Stadium Mestalla, kelmarin.


"Peter Lim dan Meriton komited sepenuhnya kepada Kelab Bola Sepak Valencia. Sumbangan ekuati ini adalah cara terbaik bagi menunjukkan komitmen jangka panjang kami kepada kelab ini sedang kami berusaha membinanya setiap hari.


"Kekuatan tahap kewangan kelab akan membantu kami terus membuat pelaburan dalam pasukan utama dan akademi untuk bersaing di peringkat tertinggi pertandingan di Eropah, mengukuhkan kunci kira-kira (balance sheet), melindungi aset dan mengorak masa depan yang lebih cerah untuk kelab ini," ujar Chan yang merupakan antara penasihat yang dipercayai Lim.


Inisiatif terbaru itu akan menyaksikan Meriton menambah kemudahan pinjaman 80 juta euro kepada kelab itu dengan ekuati Valencia meningkat daripada 50 juta euro kepada 150 juta euro selepas suntukan dana itu.


Ia juga selang seminggu selepas Lim menjadi sasaran kecaman dan tuduhan salah tadbir kelab yang dibuat oleh bekas naib presiden kelab itu, Miguel Zorio, yang semasa memegang jawatannya pada 2008-2009 menyaksikan kelab itu bankrap serta para pemainnya tidak dibayar gaji.


Beliau mendakwa Lim mendapatkan pemain-pemain baru daripada kenalan rapatnya, 'super agent' Jorge Mendes, pada harga yang melambung di samping menuntut agar usahawan Singapura itu mengundurkan diri daripada Valencia.


Namun sejak diambil alih Lim pada Oktober tahun lalu, Valencia kian menunjukkan peningkatan apabila menduduki tangga keempat La Liga musim lalu dan kembali bersiang dalam liga elit Juara-Juara Eropah musim ini.


Malah, kelab bergelar Los Che itu menewaskan Lyon 1-0 dalam pertemuan Liga Juara-Juara Selasa lalu, kemenangan kedua berturut-turut kelab itu yang menewaskan Granada 1-0 dalam La Liga pada Jumaat lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >