SEMASA zaman remaja, bekas pemain nasional Steven 'Supersub' Tan menghabiskan berjam-jam di padang Mountbatten, mengasah kecekapannya dengan mengikuti program Sekolah Bola Sepak Milo.
Kini, Tan dalam usia 46 tahun berpeluang menyorot 'asal usulnya' selepas dilantik sebagai antara lima ketua jurulatih yang dipilih menerajui Akademi Bola Sepak ActiveSG, satu program bola sepak akar umbi yang selari dengan gerakan nasional bagi sukan.