Prestasi memberangsangkan yang dipamerkan England - sekalipun bermain tanpa penyerang azimat Harry Kane yang masih cedera - dalam dua perlawanan ujian terbarunya menentang Belanda dan Italy - menyaksikan 'saham' pasukan pimpinan Gareth Southgate meningkat menjelang ujian sebenar di Piala Dunia Russia mulai Jun ini. Mampukah England mengatasi rekod hambar di kejohanan besar sejak beberapa tahun lalu untuk 'meledakkan' potensi sebenar skuad mudanya yang berbakat itu apabila beraksi di Russia nanti? Bolehkah England mengakhiri kemarau panjang untuk menjulang mahkota Piala Dunia Russia, mengulangi pencapaian hebat di tanah air pada 1966? Mungkin ramai yang masih tidak yakin tetapi BERITA HARIAN menyajikan lima sebab utama mengapa England harus menjadi antara pasukan pilihan di Russia nanti.
1. DIUNDI DALAM KUMPULAN MUDAH